KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memaklumkan salah seorang ahli suruhanjaya itu positif dijangkiti Covid-19.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli itu telah dijangkiti pada awal bulan Mac 2020.
Katanya, Suhakam telah mengambil langkah untuk mengenal pasti individu-individu yang mempunyai kontak rapat dengan beliau.
Suhakam juga sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal penyebaran virus ini terutamanya dalam kalangan pekerjanya.
Untuk itu, ibu pejabat Suhakam di Menara TH Perdana, Kuala Lumpur ditutup mulai semalam sehingga 13 Mac 2020. untuk proses disinfeksi premisnya.
Suruhanjaya itu menasihatkan orang ramai yang telah melawat atau berinteraksi dengan pegawainya sejak 2 Mac, walaupun kemungkinan terdedah kepada virus ini adalah kecil untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan menjalani pemeriksaan sekiranya anda mengalami simptom atau berasa kurang sihat. – MalaysiaGazette