Home Nasional Konvokesyen UiTM ditangguh

Konvokesyen UiTM ditangguh

Logo UiTM

KUALA LUMPUR – Istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-92 di Shah Alam dan semua kampus cawangan di seluruh negara ditangguhkan serta merta.

Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, keputusan penangguhan itu dibuat berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang kini telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik.

Istiadat Konvokesyen ke-92 dijadual berlangsung mulai 24 Mac hingga 16 April di semua kampus.

Menurut Mohd Azraai, keputusan ia juga selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

“Pengurusan UiTM mengambl tindakan pecegahan dan proaktif demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UiTM dan masyarakat amnya.

“Sehubungan itu mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan dan mesyuarat istiadat konvokesyen UiTM ke-92 yang dipengerusikan Naib Canselor pada 12 Mac, pengurusan eksekutif UiTM membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat konvokesyen UiTM ke-92 di UiTM Shah Alam dan semua kampus cawangan UiTM berkuatkuasa serta merta sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Mohd Azraai turut mengajak semua pihak berdoa supaya wabak Covid-19 dapat ditangani segera dan keadaan kembali pulih sepenuhnya.

“Segala kesulitan dan perkara bersangkutan yang berbangkit adalah amat dikesali. Pengurusan UiTM juga menghargai kefahaman, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ni,” katanya. – MalaysiaGazette