KUALA LUMPUR – Pelantikan menteri kanan dalam Kabinet yang tidak mengikut jumlah kerusi parlimen setiap parti tidak akan melemahkan UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said sebaliknya berkata, kekurangan itu tidak akan menghentikan UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.
Jelas Ahli Parliamen Pengerang itu, pada masa ini UMNO akan terus menegur kerajaan dengan membawa suara parti.
“Tidak kisah kementerian mana, mereka (menteri UMNO) perlu membawa suara parti dan tidak perlu takut. Kita tidak mahu UMNO jadi seperti PKR apabila mereka ada beberapa menteri namun menidak pemimpin mereka.
“Kita tidak mahu UMNO bila ke depan, dia membawa tuntutan individu daripada parti. Kita perlu menguasainya dan telah bersetuju dengan penjelasan presiden parti,”
katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn hari ini.
Azalina sebelum ini dilihat antara pemimpin UMNO yang terus mempersoalkan pelantikan menteri kanan dalam Kabinet yang didakwa tidak mengikut jumlah kerusi parlimen setiap parti.
Bekas menteri itu berkata, sebagai menghormati kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), sejauh mana kewajaran Bersatu mempunyai dua menteri kanan sedangkan Perdana Menteri sendiri daripada parti sama.
Ditanya rungutan yang masih berbunyi selepas pembentukan Kabinet yang mungkin wajar kepada pembubaran Dewan Rakyat, Azalina mengakui perkara itu sukar berlaku.
Jelas beliau, UMNO perlu memberi peluang dahulu kerana parti itu sedang melalui pengalaman yang baharu dalam Kabinet.
“UMNO tidak pernah dalam gabungan seperti demikian. Sebenarnya kerajaan yang memimpin adalah minoriti kepada majoriti. Pas pun patut dapat menteri kanan dan kemungkinan pimpinan tertinggi semua bersetuju, saya sebagai ahli parti tidak boleh persoal keputusan yang telah dibuat.
“Namun kaveat dalam mesyuarat tadi Presiden UMNO tidak akan menahan untuk kita terus menegur, ia adalah keputusan yang adil. Sebagai bekas menteri undang-undang, saya akan terus menegur kerajaan dan tidak mahu mulut saya dikunci,” katanya.
Azalina turut memberitahu PN ibarat perkahwinan dan sebab hubungan itu terjalin akan memiliki lebih hikmah pada masa akan datang.
“Adakah kita hendak cerai talak tingga atau talak satu? Soalnya isu bercerai bukan mudah dan lagi banyak masalah. Jadi kita kena kaji kerana perkahwinan perlu melalui banyak fasa dan fasa pertama pada 18 Mei ini.
“Adakah kerajaan akan kekal? Jadi, kita kena rapatkan saf,” katanya. – MalaysiaGazette
nak seimbang macam mana lagi. orang umno tak ramai yang baik. itu sebab tak ramai yang terpilih.
ohhh tp masa ko nak kuasa ko minta plak sokongan UMNO. lg satu org bukan UMNO baik sangat kah???