Ahmad Maslan yang merupakan Ahli Parlimen Pontian merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan itu.
Ahmad menambah pelantikan itu tidak menghalang hasratnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan dasar ekonomi dan kewangan.
Jelas bekas Ketua Penerangan UMNO itu, beliau memilih Universiti Utara Malaysia kerana pasportnya masih ditahan di mahkamah.