KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said terus lantang bersuara yang memperlihatkan ketidakpuasan hati dengan barisan Kabinet baharu.
Semalam bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengkritik potfolio Menteri UMNO dalam barisan Jemaah Menteri dengan mendakwa ia tidak setara dengan jumlah kerusi parti tersebut dalam Perikatan Nasional.
Hari ini, Azalina menggariskan 10 langkah bagaimana mahu membentuk kerajaan campuran.
Antara langkah yang dicadangkan Azalina adalah mendapatkan perunding terbaik dalam parti.
“Langkah ke-2: Lakukan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT – Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats) parti politik anda malah itu juga antara yang menjadi asas ya.
“Langkah ke-3: Lakukan kiraan, nilai juga perwakilan anda dalam gabungan bagi jawatan-jawatan dalam Kabinet,” katanya dalam akaun Twitter.
Selain itu, katanya, langkat seterusnya ialah mendapatkan peguam terbaik untuk membuat draf perjanjian kerjasama, polisi, agenda kerajaan gabungan.
Takanya, satu jawatankuasa gabungan juga perlu ditubuhkan dan pastikan jawatankuasa itu bersih.
“Langkah ke-6: Runding, runding, runding, untuk jawatan dan fungsi utama, jangan putus asa, itu sahaja.
“Langkah ke-7: Kurangkan dominasi mana-mana satu pihak dalam proses rundingan manakala langkah ke-8 pula, capai konsensus berdasarkan agenda serta dasar bersama tanpa mengira ideologi parti politik individu,” tulisnya.
Bagi langkah ke-9 pula, kata Azalina, pastikan kerajaan gabungan yang telah di tubuhkan itu berjaya dilaksana seperti yang diharapkan.
“Janganlah asyik bergantung kepada ‘kingmaker’ sahaja. Seperti meletakkan semua telur dalam satu bakul,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Bahkan bekas Menteri Belia dan Sukan serta Pelancongan itu juga juga berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana membenarkan semua dalam parti bersuara bagi tujuan ‘semak imbang’.
You just stay out of anything to do with the government….you dog shit!
She has every right as she is an MP. And you? Perhaps you are the one who eat shit cuz words coming out of your mouth are shit?
Betulkan diri tu dulu dr segi penampilan Dan akhlak..
Betulkan kelemahan diri sendiri dulu..
Kamu telah diberi peluang dulu..sekarang biar org baru buat kerja..x payah tunjuk pandai yg tak seberapa tu.