Home Ekonomi Bursa jatuh 5.3%, di bawah 1,400 mata

Bursa jatuh 5.3%, di bawah 1,400 mata

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa tempatan susut 5.31% di bawah paras 1,400 mata dalam awal dagangan hari ini.

Ia merupakan paras terendah sejak September 2011, menjejaki pasaran ekuiti global yang digoncang oleh jualan panik selepas Wall Street menjunam semalam.

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 71.63 mata kepada 1,347.80.

Reuters berkata, pasaran saham Asia telah diuji dalam dagangan pagi selepas pasaran kewangan dunia jatuh mengejut akibat panik dengan pandemik Covid-19 yang dibimbangi akan menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Kejatuhan itu turut menyebabkan aset-aset selamat seperti emas dan bon mengalami kerugian.

Penurunan 10% dalam Dow Jones Industrial Average dan 9.5% dalam S & P 500 merupakan prestasi paling buruk sejak tahun 1987.

Pada 19 Oktober 1987, keadaan itu dikenali sebagai “Black Monday’, apabila Dow Jones menjunam 22.6% dalam sehari. – MalaysiaGazette

+ posts