Home Politik Mampukah Muafakat Nasional terus menahan godaan madu beracun

Mampukah Muafakat Nasional terus menahan godaan madu beracun

Mohamad Khir Toyo

KUALA LUMPUR – Kedudukan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa hanya bertujuan mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masyarakat dan membolehkan parti itu menembusi kubu kuat UMNO dan Pas terutama di luar dan pinggir bandar.

Ia berdasarkan pemilihan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang mengepalai kementerian-kementerian yang menjangkau masyarakat luar bandar.

Malah sebahagian besar rakyat amat bergantung pada kementerian-kementerian yang dipikul tugasnya oleh Ahli-Ahli Parlimen dari Bersatu, kata bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo.

Kementerian-kementerian itu ialah Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Wanita dan Kebajikan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Khir menyifatkan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lebih daripada Kabinet hadiah iaitu memberi jawatan kepada mereka yang berjasa menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Dakwaan itu berdasarkan kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat semua jawatan dalam Kabinet.

Azmin sendiri mendapat jawatan menteri kanan dan bertaraf Timbalan Perdana Menteri.

Kumpulan Datuk Seri Hamzah Zainudin – mereka yang keluar UMNO dan menyertai Bersatu, semuanya juga mendapat jawatan kerajaan termasuk jawatan menteri utama seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Bandar dan Ekonomi.

Malahan, kumpulan dari Bersatu yang mengkhianati Tun Dr Mahathir juga mendapat hadiah masing-masing.

”Nampak jelas PM kita amat menghargai orang-orang yang tidak setia dan suka melompat,” ujarnya.

Ironinya, Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAs yang setia pada parti diberikan kementerian yang tidak berhubung dengan rakyat.

Tambah beliau, ada satu kementerian Kabinet Pakatan Harapan dipecahkan kepada tiga kementerian untuk diagihkan kepada tiga Ahli Parlimen UMNO dan Pas.

Sedangkan, jumlah ahli-ahli Kabinet ini terlalu ramai untuk sebuah negara kecil seperti Malaysia yang jumlah penduduknya sekitar 33 juta sahaja.

Berdasarkan pemerhatiannya, Khir berkata,  Pas dan UMMO kini dalam situasi ‘ada racun dalam madu’.

”Nak diluah terasa sedapnya tak rasa pula racunnya. Apapun kesan minum madu beracun ini pasti ada yang pastinya tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan jika sudah terlalu banyak racun dalam badan.

”Persoalannya, mampukah Muafakat Nasional bertahan dengan dugaan dan godaan madu beracun ini,” soal beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apa lak susahnya khir toyo oiii…

    Nanti 18 Mei 2020 bila PeeH bawa usul undi tak percaya… muafakat nasional akan keluar dari Perikatan Nasional so akan terbubarlah parlimen bila tiada satu pun parti yg ada majority…

    Masa tu biarlah rakyat yg tentukan nasib rakyat sendiri 🙂

  2. PEMIMPIN DALAM MN ATAU PN MAKAN MADU BERACUN MANAKALA PH MAKAN BENDA PAHIT DAN KELAT YANG SEBENARNYA ADALAH UBAT
    SEBAIK2NYA MAKANLAH UBAT DAN TINGGALKAN MADU

Comments are closed.