Pernahkah anda terfikir kenapa barang dari China tidak disekat sedangkan duit kertas di China pun dibakar dan dicetak baru bagi mengekang penyebaran Covid-19?
Jika orang dari Iran, Korea, Itali pun dilarang masuk, bagaimana dengan barangan dari negara-negara ini? Orangnya disekat tetapi tidak barangnya?
Memang amaran dan ingatan ini untuk mewujudkan kebimbangan pada seluruh rakyat Malaysia.
Ketika tidak ada sesiapa ingatkan kerajaan walau setelah 149 orang dijangkiti.
Walaupun menimbulkan kebimbangan positif ini adalah salah pada polis dan AGC sebagaimana Ibu Yati yang telah ditangkap dilokap dijamin dan sedang dibicarakan di mahkamah tetapi penulis tetap melakukannya demi kepentingan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
Kebimbangan ini perlu disedarkan supaya orang ramai berjaga-jaga bagi menghadapi gelombang ketiga kerana semua orang terlepas pandang dan tidak mengambil langkah yang dicadangkan ini.
Kebimbangan kemuncak apabila statistik kes Covid-19 di beberapa negara dalam tempoh tiga minggu ini sahaja amat mengejutkan.
Angka terkini, sebanyak 10,149 kes (631 kematian) di Itali, 7,755 kes (61 kematian) di Korea Selatan, 8,042 kes (291 kematian) di Iran dan 129 kes (0 kematian) di Malaysia.
Negara-negara barat seperti Perancis (1,784 kes), Sepanyol (1,695 kes), Jerman (1,565 kes) dan Amerika Syarikat (1,010 kes) juga mencecah 1,000 kes semalam.
Semua pihak berusaha mencari punca apa yang menyebabkan mudahnya virus ini merebak tetapi semuanya tertumpu kepada mengekang penyebaran setelah ada jangkitan.
Pengekangan pula hanya dari segi keluar masuk orang sahaja misalnya menyekat penerbangan udara dan laut. Bagaimana dengan perjalanan didarat seperti melalui bas, keretapi, lori dan sebagainya?
Namun cadangan penulis adalah supaya kerajaan Perikatan Nasional mengambil langkah segera bagi menyekat kemasukan barang-barang dari China.
Ini kerana diketahui produk dari China ini adalah dibuat, dikilang, dipasang, dibungkus, dilabel dan dipos dari negara China, dari negara punca mula tercetusnya wabak virus Covid-19 ini.
Salah satu cara virus ini merebak ialah melalui sentuhan dengan pesakit atau pembawa virus ini, termasuklah ketika mereka menyentuh atau memegang apa-apa sahaja. Termasuk memegang produk yang sedang disiapkan.
Banyak barang dan produk dari China ini biasanya dibeli atau diimpot atau dibawa masuk ke dalam negara misalnya melalui platform jualan dalam talian (online) seperti Lazada, Shoppee, Ali Baba, Amazon dan sebagainya.
Setahu penulis portal yang terkenal dinegara ini seperti Lazada dan Shopee masih bebas membawa masuk produk dari China dan tidak ada sebarang sekatan oleh kerajaan.
Malah kajian dari Hospital Infection di Amerika Syarikat mendapati virus Covid-19 boleh hidup di atas permukaan besi selama dua hari, empat hari di atas kayu atau gelas, lima hari atas plastik, seramik atau logam.
Kerajaan di beberapa negara seluruh dunia sudah bertindak menyekat orang China dari masuk serta kuarantin rakyat yang baru pulang dari negara punca.
Persoalan yang ramai tidak menyedarinya ialah kenapakah barang dari China tidak disekat kerana ianya adalah medium dan platfom paling mudah dihantar dan disebarkan ke mana sahaja di dunia ini?
Ditakuti gelombang ketiga penularan wabak ini keseluruh dunia adalah melalui barangan dan jualbeli produk dari China. Diketahui virus ini sedang bermutasi meningkatkan kekebalan dan jangka hayatnya.
Seriusnya sekatan terhadap manusia dapat dilihat hari ini apabila peguam pemerhati dari Amerika Syarikat bagi kes Ibu Yati yang dituduh di mahkamah tidak dapat hadir kerana disekat masuk akibat Covid-19, begitu juga peguam pemerhati dari Hong Kong tidak dapat hadir dan peguam pemerhati dari Thailand juga tidak dapat hadir kerana disekat kemasukan mereka.
Sekatan terhadap manusia telah jelas, tetapi bagaimanakah pula sekatan terhadap bukan manusia seperti barangan dan produk dari China? Termasuk juga barangan makanan dan keperluan harian?
Sedangkan apabila pihak berkuasa mengesan wujudnya satu kes positif, satu bangunan dibersihkan dan penghuni tidak dibenarkan masuk ke kawasan beberapa lama. Bagaimana pula JIKA dikesan pada satu barangan dari China?
Penulis percaya masih tidak dijumpai wujudnya virus ini pada barangan kerana TIDAK PERNAH DIUJI terhadap barangan dari China ini.
Begitu juga dengan kontek orang yang telah dijangkiti. Dilaporkan media sehingga kini hanya mencari dan menguji kontek manusia sahaja.
TIDAK DIUJI KONTEK BUKAN MANUSIA seperti handphone, komputer, kereta, motorsikal, pakaian, pinggan mangkok dan sebagainya.
Malah tidak dilaporkan pun sama ada rumah kediaman pesakit sudah di sanitasi atau tidak. Umum mengetahui rumah pesakit dan kontek tidak disanitasi sedangkan tempat bekerja pesakit pun disanitasi. Misalnya pejabat UDA, bank, hospital, KWSP, dan sebagainya.
Kenapakah kerajaan tidak mendedahkan kawasan atau tempat tinggal pesakit sepertimana pesakit yang dijangkiti demam denggi?
Jika demam denggi pun sibuk Kementerian Kesihatan datang menyembur asap kenapakah ini yang amat jauh lebih bahaya dan membunuh senyap sahaja?
Sehubungan itu, kerajaan baru PN di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddn Yasin diharap mengambil tindakan lebih tegas dan proaktif bagi memastikan tiada gelombang ketiga berlaku. Bukan seperti polis yang tergesa-gesa menangkap dan menuduh palsu wartawan dengan tuduhan menyebar berita palsu. Bukan tindakan bermotifkan politik sebagaimana kerajaan terdahulu. – MalaysiaGazette