Home Nasional Sambutan Hari Penjara ditangguhkan

Sambutan Hari Penjara ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menangguhkan sambutan Hari Penjara Malaysia yang ke-230 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac ini ke tarikh yang dimaklumkan kelak.

Penangguhan itu membabitkan semua program-program Hari Penjara yang melibatkan penyertaan dan penglibatan masyarakat.

Penangguhan ini susulan penularan wabak Covid-19, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette