KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menasihatkan semua pemegang jawatan bagi kuota lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) melepaskan jawatan mereka secara yang terhormat dan berjiwa besar.
Pemegang jawatan lantikan politik perlu menyedari selepas pembentukan Kabinet baru pada 9 Mac yang lalu, kerajaan PH sudah terbubar dan kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru iaitu kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Aspirasi kerajaan PN sudah berubah daripada kerajaan PH, malah hala tuju dan matlamat juga sudah berbeza.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa berkata, jawatan lantikan politik kerajaan PH dahulu banyak dikuasai dan dipandu oleh parti DAP, berbeza dengan kerajaan PN yang lebih mesra majoriti dominasi Melayu Islam.
Kementerian penting yang perlu diberi perhatian segera adalah Kementerian Agama dan agensi-agensi di bawahnya seperti JAKIM, YADIM, YAPIEM dan banyak lagi agensi yang lain.
”Perlantikan jawatan politik bagi agensi tersebut adalah daripada wakil parti sekutu DAP, juga NGO sekutu mereka seperti Ikram, ABIM yang dikenalpasti secara tegar dan terang menentang aspirasi kerajaan sekarang.
”Sewajarnya mereka yang dilantik atas kuota lantikan politik dapat memahaminya dan melepaskan jawatan yang diamanahkan dengan segera dan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan.
Ummah berkata, pihaknya akan mengunjungi Menteri Agama dalam masa yang terdekat bagi memberi pandangan dan akan menghantar surat memohon agar lantikan politik kerajaan lama PH bagi agensi yang berkaitan wajar disejajarkan dengan aspirasi kerajaan baru untuk mengembalikan semula peranan dan fungsinya yang sebenar bagi agensi yang berkaitan. – MalaysiaGazette
APA MASALAH UMMAH INI?
DULU MARAHKAN DAP MAKA KERAJAAN YANG SAH DITUMPASKAN
SEKARANG DAP TAK ADA LAGI DALAM KABINET DAPUR PINTU BELAKANG NAK BISING APA LAGI?
IRI HATI TAK HABIS-HABIS BANGSA MELAYU UMMAH NI
YANG PEGANG JAWATAN DALAM JAKIM, YADIM, YAPIEM SEMUANYA MELAYU DAN ISLAM, BUKAN ADA PUN DAP
INILAH MASALAH ORANG MELAYU, SELAGI KITA BANGGA MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU, PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS ATAU MELAYU ITU UMNO DAN UMNO ITU MELAYU SELAGI ITULAH PERKARA REMEH DIANGKAT MANAKALA SOAL EKONOMI ORANG MELAYU/ISLAM TIDAK DIPEDULIKAN
Memang Melayu. Tapi yang hampeeh. Mereka yang dilantik masa PHaruupun tu bukan kerana seniority, tapi sebab menjilat bu###. Kalau ada maruah, turunlah dengan rela hati. Kalau ada maruah…
Mmg melyu dan islam, tapi eidologi politik tak sama, mcn mana nk bekerja sama klu eidologi politik yg bertentangan..dan dia smua di lntik atas kapasiti parti..so aku sokong apa yg di bg tahu olh ngo ummah tu…klu rasa tidak sehaluan dgn krjaan skrg sila lpaskn jwatan di pgang itu..spya krjaan bru dpt lantik org yg betul2 tidak ada kaitan dgn mana2 parti..msih ramai lg org yg cerdik pandai n bijak di luar ni utk di lntik..drpd bg kat puak2 yg resis dan dap kafir harbi baik bg kat org lain…
Letak jawatan ja. Jgn jadi bodoh sombong.