TERKINI : Perkahwinan Bawah Umur Perlu Diteliti – Zailah Yusoff

Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terbuka dengan dasar sedia termasuklah usaha kerajaan terdahulu untuk melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Walaubagaimanapun beliau berkata apa juga dasar haruslah tidak bercanggah dengan landasan Islam.

Justeru itu ujarnya perkara tersebut memerlukan penelitian dan kepakaran khsusnya melihat ruang untuk proses penambahbaikan dilakukan. Jelasnya, isu had umur perkahwinan melibatkan pelbagai perkara termasuklah latar belakang, adat, dan taraf hidup.