TERKINI : “Solat Jumaat” Kenyataan Rasmi Akan Diputuskan – Dr. Zulkifli Mohamad

Kerajaan akan membuat keputusan sama ada solat Jumaat boleh diteruskan atau sebaliknya dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan.

Katanya, walaupun Kementerian Kesihatan menyarankan agar program keagamaan ditunda dan beliau bersetuju dengan saranan itu, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

“Saya setuju, tetapi perkara itu kita perlu perhalusi sedikit sahaja (lagi)..dalam beberapa satu dua hari lagi ataupun dalam beberapa jam, untuk kita bincang dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahnik di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.