Umat Islam sekitar Putrajaya hari ini menunaikan solat Jumaat seperti biasa, walaupun ada negeri melarang berbuat demikian berikutan penularan wabak Covid-19.
Ruang solat di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal penuh dengan jemaah terutama kakitangan awam yang bekerja di beberapa kementerian berdekatan dengan masjid itu.
Tinjauan Malaysia Gazette mendapati, pihak masjid turut menyediakan cecair hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) sebagai langkah pencegahan, selain segelintir jemaah memakai topeng penutup mulut.
Teks khutbah Jumaat juga lebih pendek dari sebelum ini, dengan khatib mengingatkan kepada jemaah agar lebih berhati-hati dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini.