Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC) akan mengadakan pertemuan semula dengan pemain industri bagi membincangkan perkembangan terkini wabak Covid-19.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, pertemuan ini bakal diadakan dalam masa terdekat juga dijadikan sebagai platform mendapatkan maklum balas daripada pemain industri selepas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi.
Termasuklah ujar beliau cadangan penambahbaikan program yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk terus membantu penggerak industri ini.