SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un muncul kali kedua pada minggu ini untuk melihat latihan tentera secara dekat meskipun penularan wabak koronavirus.
Kim memberi bimbingan latihan, termasuk pertandingan menembak oleh unit artileri bagi menilai kesediaan pertempuran, kata agensi berita rasmi KCNA pada hari Jumaat.
Korea Utara, yang terletak di antara negara China dan Korea Selatan, tidak mengesahkan sebarang kes koronavirus tetapi telah meningkatkan pemeriksaan sempadan dan mengenakan langkah kuarantin.
Gambar-gambar yang diterbitkan oleh KCNA menunjukkan Kim melihat latihan artileri tanpa sebarang alat perlindungan, tidak seperti semua pembantu beliau yang memakai topeng hitam.
Kim juga tidak memakai apa-apa alat perlindungan ketika menyaksikan ujian peluru berpandu minggu lalu dan pada hari Isnin lepas.
Pelancaran ujian itu adalah yang pertama oleh Korea Utara dalam tempoh tiga bulan.
Isnin lalu, Korea Utara menerbangkan uluhan diplomat dari negara ini ke Rusia, termasuk kakitangan dari Jerman, Perancis dan Switzerland yang telah menutup kedutaan mereka di tengah-tengah kebimbangan coronavirus.
Selain pemeriksaan sempadan, mana-mana warga asing dari negara yang melaporkan kes virus diperlukan untuk menghabiskan masa selama 30 hari untuk dikuarantinkan.
KCNA berkata, Pyongyang sedang memperhebat usaha pencegahan virus itu. – MalaysiaGazette