Home Nasional Zailah tidak tentang dasar untuk kebaikan, tidak bercanggah dengan Islam

Zailah tidak tentang dasar untuk kebaikan, tidak bercanggah dengan Islam

Timbalan Menteri Wanita dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengedarkan makanan pada Program Edaran Makanan Percuma di Ibu Pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terbuka dengan dasar sedia ada, termasuk usaha kerajaan terdahulu untuk melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

Bagaimanapun beliau berkata, apa sahaja dasar harus tidak bercanggah dengan Islam.

Justeru itu ujarnya, perkara tersebut memerlukan penelitian dan kepakaran kuhsusnya melihat ruang untuk proses penambahbaikan dilakukan.

Jelasnya, isu had umur perkahwinan melibatkan pelbagai perkara termasuk latar belakang, adat, dan taraf hidup.

“Apa-apa dasar yang baik untuk negara kita teruskan, cuma kita buat tambahbaikan. Bagi kita dalam meneliti undang-undang ini memerlukan ketelititan dan kepakaran.

“Jadi kita kita melihat pelbagai sudut. Saya tidak ada masalah, begini, kita sebagai Islam, Al-Quran dan hadis adalah panduan kita. Dan kita meneliti sebab kita lihat perkahwinan bawah umur ini banyak faktor, kena melihat latar belakang.

“Sebab penyelesaiannya kena lihat latar belakang dan ada masalah isu kemiskinan, ada isu sosial latar belakang, masalah adat. Kita jangan ambil satu formula untuk selesaikan masalah yang banyak.

“Sebab itulah bagi saya, saya tidak menentang perkara untuk kebaikan, Islam lebih lagi nak bawa masyarakat kepada kebaikan, cuma kita letakkan landasananya Al-Quran dan hadis,” katanya ketika ditemui selepas program agihan makanan di Ibu Pejabat Pas hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang mempertikaikan status  perjalanan pelan negara untuk menentang perkahwinan kanak-kanak.

Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan  menyatakan keterbukaannya untuk merujuk ulama sekiranya wujud perkara yang bercanggah dalam pembentukan dasar melibatkan had umur perkahwinan. – MalaysiaGazette