CALIFORNIA – Bill Gates, pengasas bersama Microsoft Corp,yang menjadikan syarikat itu salah satu firma teknologi paling berharga di dunia, melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.
Beliau mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan dan perubahan iklim global.
Jutawan itu dan isterinya Melinda memiliki Yayasan Gates, salah satu badan amal terbesar di dunia dengan berbilion-bilion aset dan dana program kesihatan global untuk memerangi penyakit dan kemiskinan.
Gates meletakan jawatan sepenuh masa di Microsoft pada tahun 2008 dan kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sehingga 2014.
Selepas itu beliau hanya menjadi Ahli Lembaga Pengarah sahaja. – MalaysiaGazette