
LONDON – Salah seorang dari pengarah tertinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) mendakwa terdapat 75 peratus kemungkinan liga popular akan ditamatkan lebih awal.
Menurut wartawan Sky Sports, Kavel Salhekol berkata, dia tidak yakin liga akan kembali dalam tempoh tiga minggu seperti mana yang diumumkan semalam.
“Senario terkini akan menyebabkan Liga Perdana Inggeris mungkin akan ditangguhkan untuk jangka masa yang lama,” katanya.
Semalam, Penganjur EPL secara rasminya telah mengesahkan bahawa perlawanan liga akan ditangguhkan sehingga 4 April ini. – MalaysiaGazette