Home Utama UMNO bukan orang bawahan Muhyiddin

UMNO bukan orang bawahan Muhyiddin

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas memilih untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata atas kepentingan nasional.

Ini kerana sejak dari awal UMNO menuntut agar Parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Tetapi UMNO menukar pendiriannya setelah konflik Malaysia berterusan selepas berlaku konflik politik ekoran tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Tanpa UMNO dan Pas, Muhyiddin tidak dapat membentuk kerajaan, oleh itu UMNO adalah pendiri bersama kerajaan Perikatan Nasional dan bukan penumpang.

Oleh kerana itu, UMNO merasakan wajar untuk  mendapat keadilan melalui tuntutan ‘proportionate’ (pembahagian), tegas Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jelas beliau, UMNO adalah parti politik, bukan ‘subornidate’ kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Muhyiddin.

Malah, UMNO bukan juga blok Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau sesiapa,

”Ia tahu bagaimana beroperasi sebagai sebuah parti politik. Kami tahu apa tuntutan yang sesuai dengan sumbangan kami dalam membentuk kerajaan dan kenapa kami menuntut perwakilan yang ‘proportionate’.

”Kami mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu,” kata Khaled yang menjawab kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai kewajaran UMNO mendapat kerusi yang adil dalam Kabinet Muhyiddin.

Jangan sampai rakyat meluat – Abdul Hamid

Katanya, janganlah lupa bahawa hampir 35 peratus Ahli Parlimen Bersatu menang atas tiket UMNO, selainnya mereka yang melompat dari mana-mana untuk mendapat jawatan.

Bersatu hanya menang 13 kerusi dalam pilihan raya lepas dengan undi popular yang sangat sedikit berbanding UMNO dan Pas menguasai 70 peratus undi popular Melayu.

”UMNO tahu di mana ia berada dalam persada politik Melayu dan Malaysia. Ia adalah dukungan sebenar bangsa Melayu dan bukannya Bersatu,” tambah beliau lagi.

Lantaran itu, katanya, kebimbangan Abdul Hamid sepatutnya jangan ditujukan kepada UMNO, sebaliknya kepada kualiti dan wibawa Kabinet itu sendiri.

”Bila 10 dari Menteri dari blok Azmin adalah mereka yang tidak menghormati mandat rakyat dan memperdagangkan jawatan Ahli Parlimen mereka untuk jawatan. Apakah itu sesuatu yang bermoral pada kaca mata Tun Hamid?

”Dan beberapa lagi yang dilantik dalam PPBM juga begitu. Mereka menang atas tiket UMNO tetapi memilih jawatan dari wibawa. Apakah ini kepimpinan Melayu yang Tun Hamid absahkan.

”Malah ada dalam kalangan mereka yang terpalit dengan skandal yang menjijikkan tetapi masih dilindungi dan diberikan tempat dalam kerajaan. Di sebalik janji untuk kerajaan yang bersih dan berintegriti,” kata Khaled.

Menurut Khaled kerajaan hanya akan disegani dan diyakini dengan wibawa Kabinetnya dan UMNO hanya melakukan tugas moralnya sebagai parti politik untuk menuntut representasi yang strategik dengan sumbangannya dan setelah memperkirakan keupayaan dan pengalamannya dalam melestarikan kepentingan bangsa Melayu.

Jelas Khaled, Abdul Hamid berhak atas pandangannya dan beliau menghormati, tetapi UMNO tidak akan menikus sebagai parti politik apatah lagi sebagai suara orang Melayu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNO mesti menjadi JANTAN utk mendesak kerajaan INTERGRITI MUHYIDDIN menubuhkan pelbagai RCI menyiasat penjarahan kerajaan Pakatan Harapan. Terutama isu Tabung Haji, FELDA, TOL………

Comments are closed.