Home Sukan Covid-19: Olimpik Tokyo berlangsung tanpa perubahan

Covid-19: Olimpik Tokyo berlangsung tanpa perubahan

PM Jepun menegaskan olimpik akan berlangsung seperti dijadualkan Julai ini

TOKYO –  Temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini tetap akan berjalan seperti dirancang dan tidak ada sebarang perubahan dalam jadual asal yang ditetapkan walaupun dalam keadaan penularan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, temasya kali ini akan tetap diteruskan pada Julai ini walaupun ancaman Covid-19 yang mengakibatkan kebanyakan aktiviti sukan di serata global dibatalkan.

Tambah Abe, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan membuat keputusan muktamad sama ada temasya lima tahun sekali itu akan diteruskan kali ini.

“Kita akan berjaya dalam cabaran mengharungi dan memerangi pandemik Covid-19 dan akan menganjurkan Olimpik tanpa sebarang masalah seperti yang telah dirancang sebelum ini,” katanya.

Setakat ini sebanyak 1,400 kes Covid-19 dilaporkan dan seramai 28 orang dilaporkan terkorban.

Olimpik Tokyo kali ini menelan kos berjumlah 10.6 bilion pound.

Acara membawa obor Olimpik akan bermula pada 26 Mac ini.

Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata, pihaknya sedang mengambil garis panduan jangkitan Covid bagi memastikan larian obor tidak berdepan masalah.

Beberapa acara sukan kelayakan Olimpik yang sepatutnya berlangsung di Amerika Syarikat termasuk bergusti, acara terjun telah digantung sementara.- MalaysiaGazette