Home Politik Cukuplah polemik lantikan Kabinet, pemimpin BN kena tumpu bela rakyat

Cukuplah polemik lantikan Kabinet, pemimpin BN kena tumpu bela rakyat

Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa hari ini mendesak semua pihak supaya menghhentikan politik pelantikan Kabinet oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Wilayah Persekutuan itu meminta semua pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya melupakan polemik dan menumpukan perhatian kepada usaha membela masalah dan kebajikan rakyat.

Beliau juga mahu dokongan dan sokongan perlu diberikan BN kepada perdana menteri dan kerajaan untuk menangani ancaman gelombang kedua pandemik Covid-19 secara bersama.

“Saya berpendapat cukuplah dengan polemik pelantikan Kabinet oleh PM. Pemimpin BN diminta tumpu kepada usaha membela rakyat serta memberikn sokongan dan dokongan kepada YAB PM dan kerajaan untuk kita tangani bersama Covid-19, kesempitan ekonomi, keharmonian rakyat demi negara sejahtera,” katanya dalam ciapan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh berkenaan yang memantau beberapa kawasan di ibu kota sambil bersenam pagi ini tanpa diiringi pegawai kementerian telah melontarkan amaran keras kepada para pemaju yang terlibat dalam pembangunan kawasan perumahan.

Mereka diingatkan supaya tidak terlibat dalam mengubah status kawasan yang sudah digazetkan sebagai taman hijau atau rekreasi untuk tujuan lain yang dilarang sama sekali.

Beliau mengeluarkan status demikian dalam ciapan twitternya hari ini.

“Saya akan mengamalkan zero tolerence kepada pemaju yang mahu mengubah kawasan yang sudah digazette sebagai PARKS (taman hijau),” kata dalam ciapan itu.

Sementara itu beliau menasihatkan supaya taman hijau yang digazetkan kerajaan perlu diperindahkan dan dijaga rapi agar ia dapat dinikmati dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota.

“”PARKS mesti terus dipindahkan dan dijaga agar ia dapat dinikmati oleh warga kota,” katanya dalam ciapan tersebut sambil melampirkan beberapa keping gambar pemantauan mengejut beliau ke beberapa taman hijau di ibu negara pagi tadi.

Dalam gambar tersebut Ahli Parlimen Ketereh itu dilihat berpeluang berbual dan bertanya pandangan para pengguna taman hijau dan rekreasi itu yang hadir untuk senaman dan berbasikal di awal pagi Ahad hari ini.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Slm tansri..betul dan terbaik..tindakan dan hujah yg betul..UMNO misti ambil sikap toleransi dan buat kerja..bukan hanya tahu menghentam PM ..hadapi dan selesai dulu COVID19 dan ekonomi negara..

Comments are closed.