KUALA LUMPUR – Gambar seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak tular di dalam media sosial Twitter semalam.
Tindakan kakitangan itu ditegur kerana kedudukan lokasinya yang boleh mengancam keselamatan pengguna lain apabila dia dilihat berbuat demikian semasa petrol sedang diisikan pada kenderaan pacuan empat roda SUV jenis Toyota milik jabatan itu.
Gambar itu menunjukkan kenderaan SUV milik JPJ bernombor pendaftaran JPJ 251 dihentikan di sebuah stesen Petronas di sebuah kawasan yang tidak dikenali.
Berdasarkan gambar itu, stesen berkenaan terletak di tepi jalan utama bertentangan pencawang elektrik dan tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada ia insiden terbaharu atau sebaliknya.
Gambar itu dilihat dan dikomen oleh 239 orang pengguna Twitter dan ditweet semula oleh lebih 14,700 penggunanya dan disukai 13,700 orang.
Pam isi petrol berada di tangki kenderaan dan minyak sedang diisi manakala pegawai yang berpakaian uniform dengan vest hijau dengan logo JPJ duduk di tempat duduk penumpang hadapan dan melayan telefon sambil membiarkan pintu hadapan penumpang terbuka.
Pengguna Twitter dengan akaun bernama RS@ZergMarley memuat naik foto itu dengan ciapan ringkas “Hello JPJ, Apa bende ni?” sebagai tanda kebimbangan dan rasa tidak puas hati dengan sikap pegawai itu yang patut mengamalkan langkah keselamatan ketika mengisi petrol di stesen minyak.- MalaysiaGazette
Sikap Bodoh seorang penjawat awam yg x boleh diikut…
Baru keluar dari gua agaknya… Tidak tahu peraturan keselamatan.. Bencana tidak kira awak siapa.. Setinggi mana jawatan awk.. Sehebat mana kuass awk.. Sebagai pejawat awam bg la contoh yg baik kpd org ramai..
Beliau, salah seorang kakitangan JPJ – penguatkuasa undang2. Justeru itu beliau “bebas” utk lakukan apa2 aje. Inilah contoh tauladan yg baik ditunjukkan oleh “penguatkuasa”. Kita rakyat marheim saja yg salah dan perlu dikenakan hukuman yg maksimum. Suatu “tindakan / perlakuan” yg tepat oleh penguatkuasa! Kah kah kah