Home Politik Guan Eng mahu saman Papagomo

Guan Eng mahu saman Papagomo

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng akan mengambil tindakan terhadap Papagomo yang didakwa menyebarkan berita palsu terhadap anaknya.

Bekas menteri kewangan itu berkata, pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO yang menggunakan nama “Papa Azri” menyebarkan penipuan mendakwa beliau pergi ke Singapura pada 29 Februari lalu selepas mendapati anaknya ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana membawa wang sebanyak RM2 juta tanpa membuat pengisytiharan.

“Berita ini kemudian tersebar pantas dalam kalangan kumpulan penyokong BN dan UMNO terutamanya di laman web mereka.

“Bahkan Media Chinese International Limited (MCIL) juga terlibat dalam perbuatan ini dalam kesungguhan mereka untuk mencemar nama pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Satu akhbar mereka sudah menyiarkan berita palsu ini tanpa sebarang pengesahan profesional. MCIL terdiri daripada Sin Chew, Guang Ming, China Press dan Nanyang,” katanya dalam satu kenyataan di FB DAP hari ini.

Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berharap polis dapat mengambil tindakan tegas dan menahan pihak yang menyebarkan berita palsu itu, yang secara tidak langsung sudah menyakiti individu tidak bersalah, selain melindungi rakyat Malaysia lain.

“Keluarga saya marah dengan tuduhan yang tidak bermaruah seperti ini yang menjadikan anak kami sebagai sasaran sedangkan mereka tidak pun terlibat dengan politik.

“Adakah UMNO akan mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong mereka yang terlibat dalam perbuatan yang haram, tidak beretika dan tidak bermoral seperti ini?” soalnya.

Menurut Guan Eng, ini bukan kali pertama Papagomo menyerang anaknya.

Sebelum itu individu yang sama pernah membuat tuduhan kononnya anaknya melakukan gangguan seksual ke atas rakan sekelasnya, lengkap dengan gambar mangsa.

Namun gambar itu merupakan gambar seorang juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah bertemu dengan anaknya walaupun sekali.

“Adalah lebih membimbangkan apabila media arus perdana seperti MCIL juga terlibat dalam penyebaran berita palsu seperti ini. Hakikatnya, sikap anti-PH MCIL ini telah lama diketahui ramai.

“Mereka secara terbuka menyerang pimpinan PH, menunjukkan mereka masih lagi meraikan kejatuhan kerajaan PH,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menolak laporan mendakwa seorang anak pemimpin kanan PH ditahan pihak berkuasa Singapura kerana membawa lebih RM2 juta yang tidak diisytiharkan.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Bengong tahap cipan Nabita ni.
    1. Keluarga saya marah. Apa de hal sbb kamu juga buat rakyat marah selamba tonyok je kamu.
    2. Nak saman kes anak tapi masih sebutkait hal lain ni naper risau terkait rumah banglow dan terowong ke? …”Adakah UMNO akan mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong mereka yang terlibat dalam perbuatan yang haram, tidak beretika dan tidak bermoral seperti ini?” soalnya.
    Dalam mahkamah bolih pusing koner baring cam tu ke utk jawab? Camni ke utk melayu percaya carilah ayat lain yg pawer.

    Menurut Guan Eng, ini buka

  2. Lu mau saman saman la LANCAU……..lu orang memang bangsa bawak penyakit Corona Virus didunia….LANCAU!

  3. Ahh pasal anak dia. Tak penting sangatlah. Rakyat tak sabar nal tengok dia masuk kandang saksi. Duit 1mdb jual aset dan macam macam lagi tu kau dan atuk klepet sorok kat mana. Bagi lat jho lo ke apa. Lau orang PH kleptokrasi paling teruk. Jangan nak kata kerajaan BN aje kleptokrasi.kau orang lagi dahsyat. Sekarang bentang semuanya.

  4. Klu takat nak saman jgan cakap dah saman dan masuk mkh bru cakap…jgan jadi tin kosong karat bunyi kuat tp x sedap sumbang

  5. Apa pasal x mau saman akhbar inggeris yg myiarkn kes anak dia… Knp papagomo jer…
    Mmg ada kbenaran nya cerita tersebut namun……
    Faham2 sendiri lah yea…

Comments are closed.