Home Seni Hidup Hamdee penyeri buat Hafiz Hamidun

Hamdee penyeri buat Hafiz Hamidun

KUALA LUMPUR – Penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun mengambil seorang bayi lelaki dijadikan anak angkat sebagai penyeri hidupnya dan keluarga.

Menerusi entri itu, Hafiz menunjukkan gambar anak angkatnya bernama Hamdee Hafiz dan berharap dapat menjaga amanah Allah SWT itu sebaiknya.

Bekas kumpulan UNIC ini turut membuat satu akaun IG buat anaknya untuk berkongsi kehidupan kepada para peminatnya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 2017 sebelum bercerai beberapa bulan kemudian. – MalaysiaGazette