KUALA LUMPUR – Permohonan lawatan ke bangunan Parlimen dibekukan sementara berikutan penularan wabak Covid-19 berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pentadbir Parlimen menerusi hantaran di portal rasmi Parlimen Malaysia, hari ini.
Permohonan lawatan itu akan dibuka semula apabila kerajaan mendapati keadaan kembali normal. – MalaysiaGazette