Home Sukan Liga Super: Kedah akhirnya menang juga

Liga Super: Kedah akhirnya menang juga

89972727_3143865388979250_5073400242607489024_o-640x428
Foto Facebook Kedah FA.

KUALA LUMPUR – Kedah akhirnya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Darul Aman, sebentar malam.

Beraksi tanpa penonton, keputusan itu turut menyaksikan Helang Merah meleburkan rekod tanpa kalah Red Giants dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Tuan rumah tidak menunggu lama apabila Renan Alves meletakkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak di depan pada minit ke-25 sebelum Kpah Sherman menambah gol kedua Helang Merah seminit sebelum tamat babak pertama.

Aksi babak kedua bagaimanapun menyaksikan tiada jaringan terhasil sekali gus kedudukan 2-0 memihak Kedah kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, pendatang baharu Liga Super, UiTM FC turut merasai kemenangan pertama selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas PDRM di Stadium UiTM Shah Alam. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts