KUALA LUMPUR – Di kala negara sedang dilanda krisis teruk pandemik Covid-19, Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM) kecewa dengan sikap bekas menteri, P. Waytha Morthy yang masih dengan bermain politik.
Malah apa yang lebih mengejutkan Presiden KKIM, Shanmugam Ramiah, Waytha yang seolah-olah hilang dari ‘radar’ apabila isu-isu berkaitan masyarakat India menjadi persoalan namun kini kembali.
Malah kali ini beliau dikatakan begitu lantang mempersoalkan nasib 12 tahanan memberi sokongan kepada kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LLTE) selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata akan berbincang dengan polis membabitkan isu 34 tuduhan yang digugurkan terhadap kesemua suspek.
Shanmugam juga keliru bagaimana seseorang yang diberi tanggungjawab sebagai Menteri Perpaduan namun tidak melakukan apa-apa sebaliknya lebih banyak menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
“Saya tengok kenyataan serta video oleh Waytha yang begitu bimbang dengan isu LTTE di negara. Pelik betul saya rasa sebenarnya. Sebelum ini, mana kamu Waytha? Tidak fahamlah.
“Adakah kamu pernah hadir ke mahkamah ketika perbicaraan sedang berjalan? Adakah kamu pernah berbunyi ketika itu? Apa kamu buat ketika masyarakat India bimbang dengan isu LTTE? Kenapa sekarang? Saya boleh sebut segala macam senarai apa yang telah gagal tangani.
“Adakah kamu buat apa-apa tentang isu anak Indira Gandhi yang begitu lama menghantui masyarakat India di negara ini? Saya sedang bercakap tentang kamu yang ketika sudah menjadi menteri penuh yang ada kuasa dalam tangan. Faham?
“Apa pula kamu lakukan ketika ada segelintir pihak menggelar pesta Ponggal itu haram? Apa yang kamu lakukan? Masa itu anda masih lagi bergelar Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri.
“Mana kamu hilang ketika satu lagi bekas menteri dalam kalangan India, Xavier Jayakumar menyuruh komuniti kita untuk tidak terlalu berharap dengan bantuan kerajaan mahupun bekerja dengan kerajaan kerana kita hanyalah golongan minoriti.
“Ada banyak lagi contoh, saya malas kerana hakikatnya saya malu kerana walaupun kita mempunyai empat menteri penuh India namun langsung tidak apakah sebenarnya peranan kamu-kamu ini, ketika kempen pilihan raya sanggup berguling-guling di jalan raya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Waytha yang juga Presiden Malaysia Advancement Party (MAP) baru-baru ini telah melahirkan rasa bimbang dan berikrar partinya akan sedaya upaya membela hak asasi 12 bekas tahanan itu mengikut perlembagaan seandainya apa-apa berlaku.
Kata Shanmugam lagi, masyarakat India sebenarnya sudah celik dengan permainan ‘politik’ segelintir ahli politik yang hanya berkobar-kobar ketika tidak mempunyai kuasa atau belum mendapat apa-apa jawatan.
“Sejurus selepas itu, rata-rata mereka ini berubah nada. Waytha yang sebelum begitu lantang memperkatakan tentang perjuangan serta kebajikan masyakat India terus hilang taringnya lebih fokus dengan penubuhan partinya, MAP.
“Yang banyak berbunyi dan bersuara lantang sebelum ini adalah MIC dan pemimpin NGO serta netizen, yang berjawatan diam sahaja setiap kali ada krisis. Ingat isu matrikulasi? Isu kewarganegaraan? Kenyataan oleh Tun Mahathir (Mohamad) yang banyakmengguris hati? Kamu diam sahaja kerana ketika itu jadi mengapa sekarang?
“Ini zaman teknologi, era digital, sebelum apa-apa, semuanya sudah sampai dengan pantas, jadi tidak boleh perbodohkan dengan cakap-cakap begini. Janganlah cuba bawa isu-isu berkaitan kaum untuk publisiti murahan. Jangan mainkan perasaan rakyat.
“Tidak ramai yang mendapat manfaat ketika kamu menjadi Menteri, mungkin segelintir melalui dana MITRA. Tetapi hakikatnya keseluruhan masyarakat India yang dijanjikan segala macam ketika kamu belum menjadi menteri terus menjadi persoalan, sudahlah,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Lu orang hindu balik India laaa….mau tinggal sini duduk diam2 laaa…..orang kasi makan apa lagi mau menyalak serupa anjing….podaaah pundek!
Usah di tanya mana hilangnya sdra Waytha Morthy, semua sama je. Sdra yg bertanya pun mungkin begitu. Sebelum ‘ada kuasa’ mcm2 kritikan dilemparkn kpd pihak kerajaan. Ttp pabila di beri kuasa semua ‘isu’ lenyap entah kemana. Renunglah isu2 yg melibakan ‘mereka’ xpernah selesai, walau pun menteri silih berganti. Yg selesa dan sentiasa tersenyum “pak2 menteri” dr kalangan mereka!