Home Nasional Covid-19: Pejabat LHDN seluruh negara ditutup sehingga 31 Mac

Covid-19: Pejabat LHDN seluruh negara ditutup sehingga 31 Mac

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac, semua premis Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di seluruh negara akan ditutup untuk tempoh yang sama.

Bahagian Komunikasi Korporat LHDN dalam satu kenyataanberkata, sungguhpun begitu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan percukaian yang ditawarkan, LHDN akan terus menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan pelanggan mereka.

LHDN akan meneruskan Perkhidmatan sedia ada dalam talian menerusi platform ezHASiL;Pusat Khidmat Panggilan atau Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM.

“Bagi tujuan pengemukaaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran baki cukai, pembayar cukai disaran menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL,” kata kenyataan itu.

Tambah agensi pemungut cukai utama negara itu lagi, bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, LHDNM bersetuju untuk melaksanakan beberapa langkah seperti permohonan Nombor PIN Individu melalui telefon.

Pembayar cukai yang baru pertama kali ingin mengemukakan BNCP melalui e-Filing boleh memohon nombor PIN e-Filing tersebut dengan menghubungi HCL.

Menurutnya, LHDN akan melayani permohonan menerusi telefon tersebut berdasarkan Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan.

Ujar agensi itu lagi kemudahan lain adalah untuk Permohonan Nombor PIN Sijil Digital Pentadbir / Sijil Digital Organisasi, pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM dan melampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan.

“Pautan Borang Maklum Balas dan senarai dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti di bawah: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/
https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx.

“Jika terlupa kata laluan, pemohon boleh set semula kata laluan boleh dibuat melalui e-mel atau nombor telefon berdaftar dengan LHDN dan boleh melayari portal ezHASiL dan klik menu Terlupa Kata Laluan,” kata agensi itu.

Malahan, pembayar cukai yang mempunyai sebarang masalah berhubung isu-isu  percukaian khususnya berkaitan pengisian dan pengemukaan BNCP boleh membuat pertanyaan melalui panggilan ke HCL atau melalui e-mel kepada Customer Care Officer (CCO) di semua cawangan atau boleh menggunakan perkhidmatan HASiL Live Chat yang disediakan di portal rasmi LHDNM.

Tambah agensi itu, bagi urusan Bantuan Sara Hidup (BSH) pula, orang ramai boleh menghubungi talian Hotline BSH iaitu 1-800-88-2747 atau layari portal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my.

Selain itu, pembayar cukai bermastautin yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan juga boleh mengemukakan Borang BE (m-BE) melalui aplikasi mobile filing atau m-Filing yang boleh dicapai menerusi peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.

Aplikasi ini boleh dicapai di pautan https://mfiling.hasil.gov.my/Home/Login. Video tatacara penggunaan m-Filing ini boleh didapati di laman Facebook LHDNM atau menerusi capaian pantas seperti berikut: https://www.facebook.com/181293031939653/videos/143289270327368/.

Pemfailan BNCP yang tarikh akhirnya jatuh antara Mac 2020 hingga Jun 2020 diberikan lanjutan masa 2 bulan.

Semakan tarikh akhir dan tambahan masa pengemukaan BNCP yang terperinci boleh dibuat melalui pautan pantas seperti berikut: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.1_1.pdf

Sebarang perkembangan terkini berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-MalaysiaGazette