Home Politik Guan Eng, keliru atau sengaja cari isu?

Guan Eng, keliru atau sengaja cari isu?

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Permintaan Lim Guan Eng yang meminta pencerahan berhubung pergerakan 300,000 pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapura dan mempertikai penutupan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan menimbulkan pertanyaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zakarshi bertanya, adakah Setiausaha Agung DAP itu benar-benar keliru atau sengaja mencari isu.

Katanya, perkara yang menjadi kemusykilan Guan Eng itu menunjukkan beliau tidak membawa FAQ Majlis Keselamatan Negara.

Puad berkata, mengapa untung rugi peniaga jadi keutamaan Guan Eng dan Singapura pula sudah menyatakan majikan di negara itu akan menyediakan tempat tinggal sementara untuk pekerja negara ini.

”Mujur Guan Eng bukan lagi Menteri Kewangan. Dia confuse pasal perintah kawalan pergerakan khususnya untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Confuse original atau sengaja mencari isu? Untung rugi peniaga menjadi keutamaan beliau,” katanya di Facebook.

Semalam, menerusi hantaran di Facebook, Guan Eng berkata: ”Perlu pencerahan tentang perintah kawalan pergerakan untuk 300,000 pekerja Malaysia yang ulang-alik setiap hari kerja ke Singapura? Perlukah semua perniagaan swasta ditutup? Macam mana pendapatan peniaga dan gaji pekerja adakah ditanggung oleh kerajaan? Keliru!

Dalam hantaran sama, Puad turut menegur kekeliruan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara apabila membuat u-turn berhubung kebenaran untuk sebarang perjalanan antara negeri.

Keadaan itu berlaku apabila pada awalnya peraturan mewajibkan orang ramai mendapat kebenaran polis untuk tujuan itu hingga menyebabkan kebanyakan balai polis diserbu.

”Semalam buat peraturan di mana wajib dapat kebenaran polis untuk sebarang perjalanan antara negeri.

”Rakyat yang confuse jadi panik. Balai polis diserbu. Akhirnya KPN pula yang panik dan terus buat u-turn,” ujarnya.

Sedangkan para pelajar institut pengajian tinggi khususnya dari Sabah dan Sarawak turut panik hingga terpaksa membeli tiket penerbangan dengan harga yang mahal.

Sebab itu, kata Puad, sepatutnya Majlis Keselamatan Negara sahaja yang sepatutnya menjadi rujukan utama kepada semua arahan dan kekeliruan mengenai perintah kawalan pergerakan. – MalaysiaGazette

13 Komen

  1. TAMBAH SERABUT RAKYAT DG KERAJAAN KABINET DAPUR NI
    KEKADANG ADA HIKMAHNYA BERADA DI KABINET DAPUR
    CONTOHNYA KALAU PH PERINTAHKAN TIDAK SOLAT DI MASJID
    PASTI PENYOKONG PAS MENUDUH DAP MENCAMPURI URUSAN UMAT ISLAM

  2. Ilmar shah, banyak benda boleh bengap. jangan guna agama untuk jadi bengap hakiki…

  3. Sapa2 yg rasa tak tahu tindakan baik dri kerjaan lebih baik diam je .usaha kerjaan utuk atasi masalah virus ni memerlu kan sokongan semua pehak.jgan ambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri atau jadi alat pd pehak2 tertentu.

  4. Tak Ada ke orang yang nal tanya dia mana wang yang di kytip dari 1mdb jualan aset strategik negara. Duir tabung pakatan harapan dan bantak lagi dia,sorok kat mana. Dia dah kenyang makan duit haram bersama orang orang dia. Kena siasat kroni dia termasuk pemimpin tertinggi ph. Masuk poket sendiri ni. Cepat heret merela untuk keadilan. Ni semua dato segala kleptokrasi. Cakap orang mereja yang terlebih.

  5. Usah di layan DAP NI dulu masa dia menteri tiada pulak dia berfikir macam tu.. Kenapa baru sekarang berbunyi…. Tolong siasat salah laku bekas2 menteri xdak harapan ni

  6. Mereka yg degil, bengap, nampak mcm cerdik tpi bodoh eloknya disuntikkan dgn virus covid 19 baru dia faham pasalapa Kerajaan perintahkan rakyatnya berkurung di rumah

  7. Lim gone end nie mmg terkenal dgn kebodohannya so apa nak heran kalau dia lebih pentingkan peniaga cina…

    Pada NGO yg sayang Malaysia tolong la buat laporan polis ttg penjualan asset negara oleh Lim gone end dgn Tony pua tu… Sbb kalau takde polis report maka tiada tindakan boleh di ambil… 🙁

  8. Siapa yang sokong Guan eng babi ni adalah orang2 yang bodoh.rejim p.h lah yang bertanggungjawab diatas merebaknya coronavirus ni.dari awal lagi rakyat sudah komplen kemasukan rakyat cina akan mendatangkan bahaya dalam negara,tapi tidak diindahkan rejim p.h.lihat saja di Korea utara yang awal2 lagi telah mengharamkan kemasukkan warga cina dinegara itu telah menyelamatkan negara itu dalam masalah virus ini.rejim p.h memang bodoh!.lepas itu nak salahkan kerajaan baru pulak.memang rejim p.h ini patut di fuck kan kerana bodoh!

  9. Ingat covib-19 satu wabak seluruh dunia bukan seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis dan lain sakit sebegini tak merebak atau menular.
    Dalam hal agama jangan dibabit, arahan harus di patuhi agar tidak menambah beban semua pihak
    Kalau yang masih berdegil cuba duduk dikawasan kubur tolong korek lobang kubur sendiri agar tidak MENYUSAH ORANG LAIN.

  10. MG patut wat collumnist baru, tajuk ‘Saja2 TUNJUK BODOH’ , lepas tu watlh undian setuju / tak setuju. So ujung tagun leh bg award ke bagi mangkuk ke..

Comments are closed.