Home Nasional Jemaah tabligh diminta segera tampil buat saringan Covid-19

Jemaah tabligh diminta segera tampil buat saringan Covid-19

Masjid Sri Petaling

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli jemaah Jor Qudama’ dan Ulama’ yang belum tampil ke pejabat kesihatan daerah untuk membuat saringan diminta segera berbuat demikian.

”Alhamdulillah untuk pengetahuan semua, pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bukit Aman dan lain-lain, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama tuan-tuan dan rakan seusaha kita dalam usaha untuk menangani isu wabak yang sedang melanda,” kata Abdullah Cheong yang juga Ahli Mesyuarat Markaz Dakwah & Tabligh Malaysia, Sri Petaling.

Menerusi kenyataan itu, mereka turut meminta semua 28 markaz (tempat syabguzari) seluruh negara supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah pun dikuatkuasakan bermula hari ini secara bersungguh-sungguh.

”Kami harap keputusan ini akan dapat ditaati dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Inilah peluang kita untuk mengamalkan sifat ‘taawun’ atau bantu-membantu dalam membina ijtima’iyat umat ini insyaAllah.

”Ingatlah bahawa semua ini adalah ujian daripada Allah SWT dan Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar,” tambahnya.

Sehingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki jemaah yang menyertai ijtimak tabligh itu yang belum membuat saringan dan dipercayai lebih 10,000 orang telah menyertai perhimpunan tabligh itu.

Sejumlah 4,942 peserta menghadiri perhimpunan itu berjaya dikenal pasti sehingga 7 malam pada 17 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.