KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pols (IPCMC) akan diteliti dan diperhalusi semula.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut beliau penelitian semula itu akan dilaksanakan pihaknya dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Hasil perbincangan tersebut akan dibawa ke peringkat perbincangan dalam Kluster Keselamatan yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk diputuskan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Cadangan IPCM mendapat bantahan beberapa pihak yang berpandangan suruhanjaya seumpama itu hanya memberi tekanan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel berkaitan: Vui Keong yakin penubuhan IPCMC akan dilulus