Kelihatan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Terminal Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam Rakyat di negara diarahkan untuk memaklumkan pergerakan mereka dari satu negeri ke negeri lain berikutan berkuatkuasanya perintah kawalan pergerakan bermula tengah malam ini.
Malah cadangan untuk pulang ke kampung halaman dengan ‘alasan’ yang kukuh serta dianggap sebagai satu keperluan harus mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, arahan ini sebenarnya bagi memastikan pergerakan dalam kalangan rakyat berikutan meruncingnya wabak Covid-19 yang kini diisytiharkan pandemik.
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini.