Home Dunia Akhirnya Britain terpaksa tutup sekolah

Akhirnya Britain terpaksa tutup sekolah

Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – Britain akhirnya mengarahkan semua sekolah ditutup kerana penularan wabak koronavirus semakin buruk.

Arahan itu dikeluarkan selepas kerajaan Boris Johnson menerima kritikan teruk kerana bertindak balas dengan lambat terhadap kebimbangan wabak koronavirus berbanding negara-negara Eropah yang lain seperti Itali, Sepanyol dan Perancis.

Susulan araham itu dikeluarkan, orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli bekalan makanan hingga mengakibatkan belian panik.

Britain mencatatkan 103 kes kematian dan 2,626 kes positif koronavirus atau Covid-19.

Dalam arahan tersebut, semua sekolah ditutup selepas berakhirnya sesi persekolahan pada Jumaat unu,

Penutupan sekolah itu sudah pasti memnberi kesan ke atas ekonomi kepada negara kelima terbesar dunia ini kerana Britain mempunyai 9 juta kanak-kanak, sekali gus menyebabkan ibu bapa terpaksa duduk bersama di rumah.

Meskipun ada yang meminta supaya sekolah terus dibuka bagi menyediakan penjagaan kanak-kanak kepada pekerja-pekerja utama seperti kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, tetapi Setiausa Pendidikan, Gavin Williamson berkata, keadaan sekarang mencabar.

”Situasi semakin mencabar. Penularan koronavirus terlampau cepat,” katanya. – MalaysiaGazette