
KUALA LUMPUR – Pelakon Beto Kusyairy mencadangkan agar kerajaan memberi topeng muka dan cecair pembasmi kuman secara percuma kepada penduduk di kawasan penularan Covid-19 berisiko tinggi.
Menerusi laman Twitter miliknya, Beto berkata cadangan itu demi kebaikan rakyat semata-mata.
“Semua ini untuk rakyat… Atau apakah kerajaan sudah melaksanakan perkara ini?” tulis bintang filem Bisik Pada Langit.
Tempat berisiko tinggi itu adalah di terminal bas, kawasan rehat dan rawat (R&R) dan lebuh raya.
Ketika ini, harga topeng muka serta cecair pembasmi kuman naik mendadak dan orang mengadu mengadu stok barangan itu sukar diperoleh. – MalaysiaGazette