Home Ekonomi Bursa meneruskan kerugian

Bursa meneruskan kerugian

Bursa Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pasaran saham tempatan meneruskan kerugian dalam dagangan hari ini dipacu oleh penularan wabak Covid-19 dan prospek ekonomi yang suram.

Pada jam 9.10 pagi, FBM KLCI susut 6.44 mata kepada 1,232.57.

Jumlah kerugian mengatasi keuntungan sebanyak 305 berbanding 94.

Antara kaunter yang merekodkan kerugian termasuk Petronas Chemicals Group Bhd dan Hong Leong Financial Group Bhd dan Aeon Credit Service (M) Bhd.

Reuters berkata, saham-saham Asia kini bergelut dalam dagangan yang tidak menentu susulan janji rangsangan ekonomi oleh Bank Pusat Eropah (ECB) mengukuhkan sentimen bahawa dunia kini berjuang menangani pandemik koronavirus.

Pasaran saham Eropah pula susut 4% meskipun kerajaan-kerajaan negara-negara berkenaan mahu menyuntik berbilion dolar dalam pakej rangsangam.

Niaga hadapan Amerika Syarikat menjadi positif dan meningkat hampir 2% selepas ECB mengumumkan program membeli bon.

Nikkei Jepun pula dibuka 1.4% lebih tinggi.

JF Apex Securities Research berkata, pasaran AS menjunam kira-kira 5% semalaman berikutan kebimbangan koronavirus yang terus mengheret pasaran. – MalaysiaGazette