TERKINI : Santai Bermain ‘DAM HAJI’, Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Sudah masuk hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan namun masih ada segelintir orang ramai yang ingkar arahan tersebut dan berkumpul di tempat awam tanpa tujuan yang penting.

Menerusi Ops Covid-19 yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sekitar bandar Klang, didapati masih terdapat orang awam berada di kawasan terbuka sambil bermain dam aji.

Ketika dihampiri anggota polis yang menjalankan operasi, keempat-empat lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu dilihat tidak berganjak dari sebuah meja yang menempatkan papan dam aji.

Difahamkan ada di antara mereka merupakan pemandu teksi yang sedang menunggu pelanggan selain seorang peniaga yang terpaksa menutup perniagaannya ekoran penularan wabak Covid-19.