KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengerah Angkatan Tentera Awam (ATM) untuk membantu melicinkan proses Perintah Kawalan Pergerakan.
Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek mendakwa itu bukan satu langkah baik.
“Menghantar tentera utk membantu kawalan pergerakan?
“Ini bukan langkah yg baik. Semoga kerajaan terus percaya kepada pasukan polis,” tulisnya dalam Facebook hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu supaya arahan dipatuhi agar dapat mencegah penularan wabak Covid-19.
Perintah kawalan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan kerajaan akan menggerakkan tentera bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat. – MalaysiaGazette
Kebanyakkan negara semua guna bantuan tentera..UK, US, Itali, Jerman…apa masalahnya?? kalau tak bebal mmg bukan DAP ler gamaknya..
Bila ada tentera tak boleh lh org yg degil2 tu sesuka hati susahkn org.. tau2 je lh dia org ni puak2 mana.
Ronnie Liew merasakan empire perniagaan beliau dari kelab malam,pusat judi,rumah urut,pusat karaoke dan kelab vvip bakal terjejas teruk dengan penglibatan angkatan tentera di dalam masa 2 minggu ini.Pelaburan dan pendapatan beliau dan sindiket-sindiket beliau sudah pun terjejas dengan amat teruk sekali dan banyak mendatangkan musibah.Jadi,bahang yang beliau terasa akan masuk ke fasa seterusnya iaitu kejatuhan,kehancuran dan pengsterilan empire haram beliau di era kerajaan pakatan nasional.
Memang dah tak berhubung cel cel otak. Gunalah #ADDITIVEPH yg di formulasikan oleh pakar PBB (pakar belit belit)
Mungkin elok kerahkan komunis?
Masa terbaik untuk pihak polis membenteras kongsi2 gelap, pusat pelacuran, pelancung2 China yang tinggal lebih masa!
SSHHHH tolong diam la DAP… Suara anda tidak di perlukan…