TERKINI : ALHAMDULILAH!!! Masyarakat Beri Kerjasama dan Mula Faham

Masih terdapat rakyat yang menganggap mereka selamat dan tidak akan dijangkiti Pandemik Koronavirus 2019 (Covid-19) jika keluar beramai-ramai dengan keluarga dalam satu kereta.

Timbalan Ketua Polis Selangor Deputi Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, itu adalah tanggapan yang salah dan boleh membahayakan diri dan ahli keluarga seseorang kepada risiko jangkitan.

Katanya, mereka masih tidak memahami tahap keseriusan pandemik itu dan keseriusan polis dan kerajaan yang mahu menyekat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.