Menyedari Covid-19 adalah wabak yang perlu tangani dengan serius, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengambil langkah kehadapan apabila menubuhkan Jawatankuasa Covid-19 akademi itu dua hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Madya Sahar Sa’adi Hashim berkata ia bagi memudahkan pihak pengurusan menguar-uarkan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil di kalangan tenaga pengajar dan pelajar.
Semenjak perintah berkuatkuasa, Aswara menurut beliau tidak menggalakkan pelajarnya balik ke kampung dengan pengangkutan awam kecuali diambil oleh ibu bapa.
Namun beliau berkata kebanyakan pelajar sukarela untuk tinggal di asrama dalam tempoh dua minggu ini dan mematuhi peraturan tidak ada kontak dengan dunia luar.