Home Nasional Kekerapan tren, bas disemak semula

Kekerapan tren, bas disemak semula

Stesen tren lenggang pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan susulan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melindungi kesejahteraan kakitangan, Rapid KL telah menyemak semua kekerapan tren dan bas.

Berkuatkuasa serta-merta sehingga 31 Mac, kekerapan perkhidmatan tren adalah adalah seperti berikut:

1. Kekerapan 10 minit semasa waktu puncak pada hari Isnin-Jumaat – 7 pagi hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam.

2. Kekerapan 30 minit bukan waktu puncak pada hari Isnin-Jumaat – 9 pagi hingga 4.30 petang dan 7 malam hingga 12 tengah malam. Manakala Sabtu, Ahad dan cuti umum – 6 pagi hingga 12 tengah malam.

“Mulai hari ini hingga 31 Mac, kami menasihatkan para pelanggan merancang perjalanan mereka, untuk ke tempat kerja atau keperluan segera.

“Selain itu, kita semua perlu tinggal di rumha,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Abdul Hadi Amran.

Rapid Bus, yang mengendalikan perkhidmatan bas peringkat Rapid KL serta Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Manjung dan Rapid Kamunting, juga membuat pelarasan sejajar dengan PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Bermula dari 23 Mac 2020, Bas Rapid Bus di jalan raya akan dikurangkan sebanyak 70%.

“Para penumpang yang masih bertugas untuk perkhidmatan penting tidak perlu takut kerana Rapid Bus akan terus menyediakan perkhidmatan untuk mereka.

Dalam meredakan kebimbangan dalam kalangan pelanggan Rapid Bus, untuk tempoh PKP, mereka boleh menjejaki lokasi bas melalui aplikasi web di myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk, atau menghubungi pasukan helpline kami untuk mendapatkan bantuan.

Bagi pelanggan Rapid Penang, mereka boleh memuat turun Perancang Perjalanan Rapid Penang dari GooglePlay, “kata Rapid Bus, Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Yazurin Sallij. – MalaysiaGazette