![covid-19](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/03/covid-19-2-640x251.jpg)
BEIJING – China merekodkan sifar kes jangkitan koronavirus domestik untuk hari ketiga.
Namun jumlah jangkitan pengembara yang pulang dari negara lain terus meningkat.
Sejumlah 41 kes baru positif Covid-19 dikesan pada hari Jumaat, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan. Semuanya jangkitan yang diimport.
Ia menjadikan angka kes import melonjak kepada 269 kes.
Lokasi tertinggi ialah di Beijing dengan 14 kes, Shanghai dan enam wilayah lain turut dikenal pasti menerima jangkitan import.
Ini menjadikan jumlah positif koronavirus di China berjumlah 81,008 kes dan angka kematian pula 3,255 setakat semalam naik tujuh berbanding sehari sebelumnya.
Semua kes kematian adalah di Hubei. – MalaysiaGazette