
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuatnaik tiga gambar pasukan pengurusan jenazah mangsa Covid-19 dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
“Mereka adalah wira-wira kita,” katanya di laman Twitter merujuk kepada tiga orang ustaz yang turut disenaraikan nama mereka.
Mereka ialah Ustaz Indra Faizal Abdul Rahim, Ustaz Muhammad Afif Jamal dan Ustaz Mohd. Fakhru Razi Mohd Yusof.
“Saya doakan semoga semua urusan mereka dipermudahkan Allah SWT dan dianugerahkan kepada mereka ganjaran yang besar di sisi-Nya atas pengorbanan ini,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak menyebarluaskan kempen #StayAtHome ke segenap pelusuk bandar dan kampung dalam usaha membasmi wabak Covid-19 yang kini telah mengorbankan lapan nyawa di Malaysia.
Jenazah mangsa-mangsa Covid-19 diuruskan dengan kaedah berbeza berbanding kematian biasa bagi mengelak penularan virus berkenaan. – MalaysiaGazette
Semogs pengorbanan mereka nenjadi pedoman jntuk yang lain