KUALA LUMPUR – Tabung Khas diwujudkan untuk mengumpulkan sumbangan orang ramai bagi menanggung kos penutup muka, pembersih tangan dan barangan keperluan lain untuk kegunaan wartawan yang terlibat melaporkan situasi semasa pandemik Covid-19.
Inisiatif itu dikelolakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Projek Wawasan Rakyat (PoWR).
“Projek berkenaan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk bersama menghargai pengorbanan wartawan di lapangan yang berhadapan risiko tidak menentu demi untuk memberikan laporan yang tepat dan pantas kepada seluruh rakyat.
“Dalam kita sama-sama sentiasa prihatin membantu golongan barisan hadapan, perjuangan kelompok wartawan tidak harus dikesampingkan khususnya dalam memastikan mereka sentiasa sihat dan selamat dalam menjalankan amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Apa lagi dalam situasi hari ini bila mana harga syiling penutup mulut dan hidung telah dinaikkan dari RM0.80 sen ke RM2 dan kekurangan bekalan menyebabkan keperluan asasi barang tersebut sukar diperoleh, kata kenyataan yang sama.
“Justeru, kami dengan berbesar hati ingin menyeru rakyat untuk bersama menghulurkan bantuan dalam membantu menjaga kebajikan golongan wartawan di lapangan ini.
“Paling utama, kempen itu adalah untuk membina kesedaran seluruh masyarakat akan jasa dan sumbangan seluruh wartawan kepada kita,” katanya.
Sebarang bantuan dari rakyat Malaysia boleh dimasukkan ke dalam Akaun National Union of Journalists Malaya bernombor 3077428903 (Public Bank Berhad). – MalaysiaGazette
Harga naik satu hal barang lak x ada di pasaran…lagi byak hal…nak derma rakyaat malaysia no hal misti kasi punya…x bayak sikit misti kasi.