BEIJING – China melaporkan 46 kes baru koronavirus untuk hari keempat berturut-turut dengan semuanya adalah kes diimport dari luar negara.
Semalam, China melaporkan 41 kes koronavirus untuk data hari Jumaat – juga kes diimport.
Sebanyak 14 kes direkodkan di hab kewangan di Shanghai dan 13 di Beijing, susut berbanding 21 kes sebelumnya.
Dengan ini, angka kes koronavirus di China ialah 81.054 dengan 3,261 kematian termasuk 6 kes semalam.
Hubei, wilayah yang mencetuskan wabak koronavirus atau Covid-19 itu tidak merekodkan kes baru untuk empat hari berturut-turut.
Tetapi jangkitan kes domestik berlaku di Guangzhou dan kes itu dikaitkan dengan jangkitan penduduk tempatan yang ada kaitan dengan individu yang balik dari luar negara.
Di seluruh dunia, seramai 275,000 orang telah dijangkiti dengan virus tersebut dengan 11,000 kematian.
Itali kini merekodkan kes kematian tertinggi berbanding China. – MalaysiaGazette