Tinjauan team MalaysiaGazette sebentar tadi di sekitar Kuala Lumpur khasnya kawasan di sekitar Chow Kit, Jalan Pahang, Masjid Negara dan Lorong Haji Taib yang sememangnya tumpuan keberadaan golongan ini.
Hakikatnya, kehadiran mereka yang tidur beralasakan surat khabar dan kain-kain buruk masih lagi jelas kelihatan disekitar kawasan sejak pukul 8 malam tadi.
Malah mereka juga dalam kumpulan-kumpulan walaupun tidak sebesar mana namun jelas sekali kelihatan masih lagi di kaki-kaki lima, deteran kedai serta lorong-lorong gelap dan tanpa sebarang kebersihan diri.
Selain daripada kumpulan gelandangan ini, kami juga terserempak dengan ‘bapa ayam’ serta dipercayai sarang pelacuran di sekitar Chow Kit masih lagi sibuk menjalankan ‘perniagaan’ mereka.