TERKINI : Tiada Aset Ketenteraan Digunakan, “Bukan Operasi Banteras Musuh” – Brig. Jeneral Norsham

Kira-kira 540 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan membantu polis Selangor dalam penugasan sekatan jalan raya dan rondaan pada hari kelima pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Norsham Mat Tap, pihak ATM sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada Polis Diraja Malaysia dengan harapan supaya rakyat lebih faham betapa pentingnya mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang dihadapi negara.

“Dianggarkan kira-kira 540 anggota ATM terlibat dalam pelaksanaan PKP meliputi 16 buah daerah di seluruh negeri Selangor.