Home Nasional Tun M bebas COVID-19

Tun M bebas COVID-19

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan bebas daripada wabak COVID-19 bagaimanapun beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti protokol pemantauan dengan dikuarantin selama 14 hari.

Menurut pembantunya, keputusan tersebut disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selepas menjalani ujian saringan COVID-19 pada 17 Mac lalu.

“Keputusan ujian adalah negatif. Beliau bebas daripada COVID-19,” katanya ketika dihubungi The Star hari ini.

Artikel berkaitan: Tun Mahathir dikuarantin 14 hari

Dr. Mahathir dipercayai menjadi kontak rapat Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang mendapat rawatan di Hospital Besar Sarawak.

Dalam satu klip eksklusif yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada Khamis lalu, Dr. Mahathir memaklumkan beliau sedang menjalani kuarantin sukarela. – MalaysiaGazette

+ posts