Home Nasional 132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah ke stesen kuarantin – Bomba...

132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindah ke stesen kuarantin – Bomba KL

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM KL menguruskan perpindahan para pelajar tahifz ke pusat kuarantin.

KUALA LUMPUR – Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Seri Petaling di sini, dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses nyah cemar yang dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM KL sebelum dipindahkan.

“Kesemua pelajar tahfiz telah dibawa ke stesen kuarantin menggunakan empat buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

Menurutnya proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses nyah cemar turut dilakukan ke atas empat buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Seri Petaling yang menjadi venue itijimak tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19.

— BERNAMA