PKP bagi seluruh negara diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berkuat kuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac, 2020 untuk membendung jangkitan COVID-19.
Persatuan perniagaan itu juga menyambut baik langkah tegas kerajaan, melalui Majlis Keselamatan Negara, dalam meluluskan permohonan syarikat yang terlibat dengan industri pembuatan barangan penting, termasuk sektor elektrik dan elektronik.
AMCHAM memuji langkah tambahan yang ditetapkan kerajaan sebagai prasyarat untuk operasi pembuatan diteruskan.
Ia juga berterima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang telah memberikan penjelasan mengenai keperluan tersebut dalam tempoh yang singkat sekali gus memastikan pematuhan penuh oleh syarikat anggotanya dan komuniti perniagaan secara amnya.
“Kami amat yakin dengan usaha berterusan kerajaan dalam menangani cabaran industri untuk ekosistem keseluruhan, daripada perusahaan kecil dan sederhana sehinggalah syarikat multinasional, malah yakin terhadap usaha memperkenalkan proses yang membenarkan operasi kritikal diteruskan tanpa mengkompromikan kesihatan dan keselamatan warga tenaga kerja kami,” menurutnya.
AMCHAM juga percaya semua usaha dan langkah yang dilaksanakan MITI akan memberi manfaat kepada komuniti perniagaan dan paling utama kepada negara, dalam tempoh mencabar ini. – MalaysiaGazette