Home Nasional Bantuan makan untuk 74,000 pelajar di kolej

Bantuan makan untuk 74,000 pelajar di kolej

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan bantuan makanan sebanyak RM12.2 juta kepada pelajar yang tinggal di kolej dan tidak pulang ke kampung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia melibatkan seramai 74,000 pelajar yang terdiri institusi pengajian (IPT) awam dan swasta, kolej komuniti, institut perguruan guru dan matrikulasi.

Menteri kanan itu berkata, terdapat kekeliruan sebelum ini apabila kerajaan tidak menjelaskan secara terperinci bantuan makan itu kepada pelajar tersebut.

“Mengenai bantuan makanan pelajatdi kolej, saya tidak sebut terperinci sebelum ini dan hanya melibatkan 60,000 pelajar.

“Ramai yang tanya hanya IPTA semata-mata atau IPT lain. Jadi saya ingin maklum, bantuan untuk pelajar yang tinggal kolej ditanggung sepenuh kerajaan bukan hanya pelajar IPTA sahaja tetapi IPTS selain kolej komuniti, institut perguruan dan matrikulasi.

“Ia melibatkan seramai 74,000 pelajar untuk kos selama 11 hari berjumlah RM12.2 juta,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat PKP di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu kerajaan turut mewajidkan semua pemilik stesen minyak menyediakan cecair pembasmi kuman di petrol pam untuk kegunaan pengguna sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette